|
|
 |
|
Aku anak kampong . Aku dibesarkan di kampong dan aku bersekolah pun di kampong juga.Maklum sajalah bekas penuntut sekolah
kampong aku tak pandai tentang tulis-menulis (tumis -menumis bolehlah).Jadi aku terlebih dulu minta maaf kalau bahasa Malayu
moden ni aku kurang faham sikit. Aku hairan apa sebab mereka ubah ejaan yang dahulu tu ...dulu kan senang bagi orang yang
sudah tua macam aku ni. Tetapi baik atau tidak bahasa aku ini ,asal orang boleh faham cukuplah. Aku bukan dapat duit menulis.
Sekarang pula heboh tentang bahasa Inggeris.Bukan hendak cakap besar tetapi aku yakin kebolehan aku menulis dan bertutur
Bahasa Inggeris tidaklah memalukan. Malah aku rasa banyak lebih baik dari lepasan universiti (betul ke hejaan ni?)Sesetangah
mereka cakap Inggeris macam cakap Jerman.Aku ingat la kita ini terlalu patriotik tak tentu hala.Dah tahu Bahasa inggeris tu
penting kita suruh orang abaikan.Semuanya orang politik dan para bijakpandai yang nak tunjuk patriotisma masing-masaing....
Aku masih seronok belajar Bahasa Inggeris, jadi aku buatlah majalah sendiri dalam Bahasa Inggeris. Kalau nak tahu masuk:http://www.asm.com.my
.
PENDAAT AKU SAHAJA
Ada orang dapat pencen RM60.00 sebulan.
Ada orang dapat bantuan Kebajikan Masyarakat RM20.00 sebulan.
Hairan betul bagaimana mereka dapat hidup dengan sempurna kalau harga barang semua sudah naik.
Kerajaan elok kaji semula hal ini . Kerajaan patut berhenti beri bantuan kapada rakyat dinegeri asing. Ini kera dihutan
disusukan,anak sendiri dibiar kebuluran.
Janganlah kita terlampau kesian pada orang luar. Dinegeri kita masih terlalu banyak yang tak ada makanan.
Ini bila ada bencana bukan main rioh cari sumbangan sana sini. Jangan jadi bodoh sehigga sanggup beri makan orang lain
tetapi saudara mara kita makan sehari sekali pun tak tentu dapat.
Apa boleh buat dengan bantuan RM20.00 sebulan.Satu hari 75 sen.....
Memancing lagi di Langkawi
Hari Jumaat, 4hb Jum, 2004
Setelah melawat Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting kami mula memancing .Ikan kembung dikerat kecil2 buat umpan.
Nasib memang baik tengah hari ini kerana dapat banyak ikan. Saperti biasa aku tidak aku hanya sebagai pemerhati sahaja.
Sungguh pun ikan yang sangkut dipancing agak kecil2 belaka tetapi bila dikumpul dapat juga dalam lima enam kilogram.
Ikan baru ni memang sedap bila dibuat kari atau goreng garam kunyit.Ada pula sambal belacan cili api.

|
 |
|
Astagfirullah hal azim !Apa sudah jadi dengan bangsaku sampai penuntut-penuntut sekolah ugama pun sanggup membunuh rakan sekolah.
Aku ingat semua mereka yang belajar di sekolah ugama tentunya mereka yang berakhlak tinggi kerana banyak belajar tentang hukum
hakam. Takkanlah diajar jadi samseng-samseng yang perangainya lebih teruk daripada yang tidak mendapat pendidikkan ugama yang
cukup.
Kata pepatah "Melayu takkan hilang didunia" memanglah betul.Tetapi Bangsa Cina lagi takkan hilang didunia kerana
mereka ada disegala pelusuk dunia...sampai di Alaska pun ada. Mana ada Melayu diseluruh dunia.Tak guna bangga dengan "takkan
hilang didunia" tatapi ada sahaja di dunia apa guna ka;au tata susila dan adat resam Melayu kian hilang dihakis oleh
kemelesetan penggunaan akal fikiran.
Cuba renung tentang sikap kurang baik yang kian berluasa bangsa melayu:
Hasad dengki dikampong dan dibandar
Suka mengata sana sini. Orang lain semua tak betul.
Yang muda-muda suka jadi pelumba haram. Banyak lagi yang tergila-gila hendak jadi penyanyi .Terkinja-kinja sana sini...menari
konon!
Tak cukup dengan pelumba haram ada pula jadi penagih dadah.
Memang pecah rekod tentang Melayu menjadi penagih dadah. Bila tak ada kerja dan tak ada wang jadi pencuri dan penyamun
serta pembunuh.
Pelajar-pelajar Melayu dapat bantuan serba-serbi dari kerajaan tetapi masih mundur dalam pelajaran kerana sikap "cukup
makan jadilah".Bangsa lain bertongkos lumos mengejar kejayaan tetapi budak Melayu cakap Inggeris pun tergetar-getar dan
kelam-kabut.Mana nak fasih Bahasa Inggeris kalau ashik bekelumpuk dengan anak-anak melayu yang sama mundur.Belajar di U pun
masih berkelupuk dengan pelajar Melayu sahaja. Ada pula bila masuk U baru nak tunjuk alim . Pada aku itu cuma satu 'escaptism"
kerna hendak melindungi pemikiran yang bantut.
Lama-lama Melayu jadi pariah dalam negeri sendiri.
Aku rasa kerajaan patut fikir tentang mengklonkan keturunan Melayu masa hadapan supaya dapat baka yang baik sahaja. Macam
klon pokok....heh,heh....jangan ketawa,boleh buat punya.
Pendapat anda tentu berlainan.
Apa pendapat anda ?
Email: asmdanshah@netscape.net
FREETIME
WAKIL SIAPA
Nampaknya tak ada banyak berubah sikap wakil rakyat di Malaysia kita.
Sebelum pilih bukan main lagi melawat kampung sna sini. Kalau tak ada jalan boleh masuk kereta jalan kaki berbatu pun
sanggup. Tetapi bila sudang dipilih mata hidung pun tak nampak. Bila orang kampung hendak berjumpa macam-macam helah dan kerenah
merentang jalan.
Orang miskin,orang tua tidak upaya sudah hilang dari ingatan .Orang miskin dan warga tua yang dhaif sugah tidak berguna
macam hari mengundi. Yang tak boleh berjalan diangkut, yang sakit dipapah kepusat mengundi supaya dapat satu undi.Apabila
menang mereka ini tidak ada guna lagi.
Kacang lupakan kulit.
|
 |
|
|
|
 |
|
Pilihan raya sudah selesai...
Aku bukan ahli UMNO tetapi dari dulu lagi memang undi Perikatan. Sebagai orang Melayu lain dari Perikatan aku boleh pilih
PAS atau Keadilan. Tetapi aku rasa bodoh benar kalau undi lain dari Perikatan. PAS banyak bercakap yang bukan-bukan dan Keadilan
pula haru-hara . Tak tentu arah apa yang dia mahu.
Pada aku biarlah aku undi yang boleh menang besar. Kalau boleh tawan negeri sahaja buat apa. Boleh janji saja buat itu
ini tetapi bila hendak buat macam-macamlah helah pula.
Tetapi aku ingat la orang yang berebut jadi pemimpin politik ni niat asal bukan nak bela (atau bela- macam bela ayam).
Semua ada kepentingan diri.Macam mana aku tak kata begitu semua ahli berebut nak jadi ketua itu ketua ini.Bila ada pangkat
adalah kuasa sikit, walau dalam kampong pun. Bila ada kuasa boleh dapat itu ini dari yang lebih berkuasa.Paham-Paham la.(aku
ini orang Kedah tak pakai "le")
Setengah ahli parti sanggup bergaduh kerana ghairah sangat hendak tunjuk dialah penyokong kuat parti ; sampai dengan saudara
mara pun tak ngam lagi. Nampak sangat kurang akalnya. Bukan semua berfikir macam kita jadi mestilah ada yang tak setuju dengan
pendapat kita. Kita sokong seorang ketua politik mati-matian dia tak kenal kita pun. Berjabat salam tu bolehlah.Kalau kita
orang kecil ,orang kampong biasa katakan, siapa nak kenal kita bila dia sudah jadi menteri dan sebagainya.Kalau nak jumpa
buatlah temu janji dua tiga bulan.Bukan lagi senang-senang boleh serbu pejabat...sudah ada "guard",ada kerani tahan
jangan masuk dan ada pembantu peribadi yang akan beritahu tuan nya selalu saja sebok (walaupun tuan tengah baca paper),ada
setiusa sulit (memang kerjanya sulit kot)dan ada lagi setiusaha peribadi.
Jadi,ingat-ingatlah, orang kuat politik ini selalunya pandai "berpolitik".Kita bergaduh sama sendiri,senang
tak seberapa.Hari ini pergi kelaut tangkap ikan atau udang besok pun begitu juga.Pagi-pagi ini menyembah pokok getah atau
pun meranduk sawah atau pun mengheret lembu, kerbau dan kambing besok pun begitu juga la. Kita menempoh berbagai risoko...tenggelam
dilaut, dibaham harimau atau pun dipatuk ular.Orang politik menempoh satu sahaja risiko ia-itu kalah undi. Siapa yang lebih
susah? Orang kampong jua.
Kita ingat bagi "support" boleh dapat kontrak dengan kerajaan sebab kita ada Kelas F. Tetapi beratus ada Kelas
F. Tentu susah nak minta tolong sebab orang yang lebih rapat sudah tentu ada peluang lebih.
Kita katalah ahli politik yang menentukan kedudukan kita sebab mereka boleh buat perubahan yang membawa kebaikan kepada
rakyat tetapi berapa kerat sangat yang menjadikan tujuan itu tugas utama mereka.Majoriti mahu pangkat,kuasa dan wang.Tengok
saja mana ada Menteri,Menteri besar dan Ahli Eksco dan Adun yang miskin.Mula,mula memang miskin tetapi bila berhenti senang
lenang.Lepas itu ada pula pencen selepas satu penggal . Bapa aku berkerja sampai 25 tahun baru dapat pencen.Potong pula "gratuity"
sebab itu dan ini yang dia tak paham dan tak dapat lawan.Ini kerja 5 tahun dah dapat pencen. Bukan setakat itu sahaja boleh
dapat dua tiga pencen pula tu kalau menamg dua tiga penggal dan tiap -tiap penggal naik pangkat.Semua ini telah dirancang
untuk keselesaan orang -orang kuat politik.Tiap-tiap kali menang naik pangkat.Dapat dua tiga pencen.Keja mereka bukan kerja
tetap macam orang berkerja dengan kerajaan,tak kira pegawai atau petugas biasa. Mana ada adil ni.Tetapi tak ada siapa pun
dari parti politik dalam negeri ini yang membangkang.
Pulus punya fasal la apa lagi..
Jadi eloklah kita lupakakan tentang politik buat masa ini.Hidup kita bermasyarakat lebih penting. Orang kampung juga yang
akan menziarah bila kita sakit dan memikul keranda kita bila kita meninggal.
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
 |